bismillah

bismillah

ayat 1000 dinar

ayat 1000 dinar

kalendar

kalendar



Thursday, April 12, 2012

MASALAH PEMBELAJARAN DI KALANGAN KANAK-KANAK

Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. Corak kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.
Penekanan terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan intitusi -intitusi yang menawarkan program -program pengayaan (enhancement programes ) yang bertujuan untuk melengkapkan anak -anak dengan kemahiran membaca , menulis , dan mengira dari kecil lagi. Institusi -intitusi ini juga mengaturkan aktiviti -aktiviti atau kurikulum yang menekankan aspek penyampaian maklumat dalam aktiviti -aktiviti harian kanak -kanak tersebut. Pengusaha -pengusaha tadika berlumba -lumba untuk memberikan program pengayaan kepada anak -anak murid mereka dengan menggunakan berbagai -bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan prestasi intelek kanak -kanak.
Pengalaman yang diperoleh daripada program -program intervensi keatas kanak -kanak cacat telah membolehkan para profesional memahami konsep by pass strategies , iaitu strategi -strategi yang membolehkan kanak -kanak cacat memperoleh sesuatu kemahiran dengan menggunakan keupayaannya. Umpamanya , seorang kanak -kanak pekak boleh berhubung dengan menggunakan bahasa isyarat , kanak -kanak buta boleh membaca menggunakan braille dan kanak -kanak spastik yang lemah anggota kakinya boleh berjalan dengan menggunakn alat yang dinamakan orthosis.
Kecacatan seperti yang dialami oleh kanak -kanak spastik , buta , rencat akal dan pekak teruk mudah dikenal pasti untuk diberikan program intervensi awal. Tetapi , disfungsi perkembangan yang tidak ketara dan sudah dikenal pasti banyak berlaku di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran di sekolah. Sejak beberapa tahun kebelakangan , Kefahaman tentang masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak telah berkembang dengan pesatnya. Memang jelas bahawa masalah ini adalah kompleks dan psikososial. Pengalaman hidup seseorang kanak -kanak itu mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya.
Ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan -tanggapan yang mungkin kurang tepat terhadap kanak -kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si anak dikatakan malas , tidak bermotivasi , bodoh atau asyik bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman , teknik mengajar tidak berkesan , pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak. Ramai ibu bapa mendaftarkan anak -anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun saya akui usaha -usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar kanak -kanak , tetapi masih ada lagi segolongan kanak -kanak yang memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih khusus.
Punca -punca masalah pembelajaran
Punca -punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori :
1. punca biologi 2. Punca psikososial
Punca biologi merangkumi faktor faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis ) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ).
Pakar kanak -kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah (lead poisoning ) seseorang kanak -kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah pembelajaran. Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak -anak terdedah kepada penggunaan bahan -bahan tersebut.
Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat , kurang rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak -kanak berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya , unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh itu , setiap kanak -kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.
Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci punca -punca kegagalan dalam pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala Lumpur oleh LPPKN denagn kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca yang dikaenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanak itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa yang seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca. Sesetengah kanak-kank pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya.
Apa yang menarik ialah kanak-kanak yang bermasalah ini menunjukkan kemajuan yang amat menggalakan apabila dinilai sekali lagi enam bulan kemudian. Pada pendapat saya, Perkembangan yang positif ini adalah juga disebabkan oleh perhatian yang lebih oleh guru-guru terhadap kanak-kanak tersebut. Setelah mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan-kelemahan muridnya, guru dapat menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu kanak-kank itu membaca. Menulis dan mengira dengan cepat. Ibu bapa juga turut memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajaran anak mereka. Sianak sendiri akan lebih bermotivasi setelah mendapat perhatian, sokongan dan bimbingan daripada ibu bapa dan guru.
Ada satu kes yang melibatkan seorang kanak-kanak yang kurang baik daya penglihatannya. Akibatnya, dia kurang nampak papan hitam didalam kelas. Setelah dibawa kepada perhatian ibu bapanya, barulah cermin mata ditempah untuknya. Pretasinya disekolah juga meningkat. Ada juga kanak-kanak yang kurang daya pendengaran akibat cecair dalam telinga (serous otitis media) dan ini sudah tentu boleh menjejaskan pelajarannya. Dia perlukan rawatan untuk memperbaiki pendengarannya.
Ada pula kanak-kanak yang kelihatan pucat dan sering mengantuk didalm kelas. Akibatnya, pretasi akademiknya merosot.
Kanak-kanak yang terencat akal mundur dalam pelajarannya kerana kebolehan berfikir, tumpuan perhatian, perkembangan bahasa, pengamatan dan keupayaannya memproses maklumat adalah lambat dibandingkan dengan kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya. Kanak-kanak berusia lapan tahun yang mempunyai tahap intelek (IQ) setaraf dengan kanak-kanak lima tahun lazimnya masih sukar mengenal huruf. Kebolehannya sama ada dari segi penguasan bahasa, keupayaan menjalani aktiviti-aktiviti harian atau pun kemahiran sosial akan hanya setaraf dengan kanak-kanak yang berusia lima tahun. Oleh itu, dia akan mendapati sukar untuk mengikut kurikulum didalam darjah satu.
Kita perlu mengasingkan kanak-kanak normal yang mengalami masalah pembelajaran dengan kanak-kanak terencat akal yang mengalami masalah yang sama. Ini boleh ditentukan melalui ujian IQ. Kanak-kanak mengalami masalah pembelajaran berbeza diantara satu dengan lain dari segi kekuatan dan kelemahan yan dimilikinya. Oleh itu, pendidikan khas yang diberikan pada seseorang kanak-kanak itu perlulah diindividukan berasaskan pada kekuatan dan kelemahan tersebut.
Pelbagai corak difungsi perkembangan ditemui dikalangan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Umpamannya, seorang kanak-kank yang berusia enam tahun yang sungguh cerdik sehingga boleh bermain dengan komputernya, melukis gambar roket dengan kemas dan membaca dengan baik mungkin mempunyai tumpuan perhatian yang singkat. Oleh itu,dia mungkin tidak membuat kerjanya dikelas kerana tidak menumpukan perhatian kepada arahan yang diberikan oleh gurunya. Sebaliknya, perhatiannya lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang sangat diminatinya seperti permainan komputer dan lukisan.
Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran. Dia mungkin menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan lego dan melukis gambar kereta atau binatang tetapi menghadapi kesulitan membaca dan menulis. Mengajarnya membaca dan menulis memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali.
Penilaian ke atas seorang kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran
Pakar yang menilai kanak-kank yang mengalami masalah pembelajaran perlu mendapatkan riwayat yang terperinci dan mengambil perhatian terhadap kemungkinan berlakunya kerosakan otak seperti yang dialami oleh bayi yang dilahirkan dalam keadaan lemas (asphyxiated ), perdarahan dalam otak , penyakit meningtis , sawan yang berpanjangan dan sebagainya. Beliau juga perlu menyelidik sama ada kanak -kanak tersebut mempunyai adik - beradik lain yang terencat akal yang mungkin boleh dikaitkan dengan faktor baka.
Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak -kanak. Kanak -kanak mungkin menjadi lebih resah hiperaktif , lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak -kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini penting terutamanya jika pakar mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang dimakan. Walau bagaimanapun , aspek ini tidak akan diulas dengan panjang lebar dalam bab ini.
Sewaktu melakukan pemeriksaan fizikal , keadaan -keadaan seperti kurang daya penglihatan atau pendengaran , kekok tangan masalah sawan , gangguan pada urat saraf yang mungkin mengakibatkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas dan lemah anggota tangan atau kakinya perlu juga dikenal pasti. Jika disyaki pendengarannya kurang jelas , ujian yang terperinci perlu dijalankan. penilaian psyho- educational penting untuk mengetahui kekuatan pembelajarannya pada masa itu. Jika kanak -kanak itu diasyaki menghidap sesuatu pemyakit , doktor akan menjalankan ujian -ujian yang sewajarnya.
Kini , bilangan yang mahir dalam menjalankan penilaian terperinci keatas kanak -kanak yang mengalami masalah pembelajaran bagi mengenal pasti unsur -unsur disfungsi perkembangan (elements of devefunctions ) masih kurang. Penilaian seperti ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti ciri -ciri kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada seseorang kanak -kanak itu. Maklumat -maklumat ini akan membolehkan pihak yang berkenaan memilih dan menjalankan strategi -strategi pendidikan yang khas dengan berkesan ke atas kanak -kanak tersebut. Cara rawatan atau latihan seharusnya berbeza diantara seorang kanak -kanak dengan yang lain.
Kanak -kanak yang mengalami sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy sering tidak sedarkan diri beberapa ketika dan keadaan ini mungkin berlaku berpuluh -puluh kali dalam sehari. Ini sudah pasti akan mengganggu pelajarannya. Dia perlu diberikan ubat mencegah sawan. Kanak -kanak yang terlalu singkat tumpuan perhatiannya mungkin boleh dibantu dengan ubat - ubat stimulant tertentu dankaedah pengubahsuaian tingkah laku ( behavioural modification method ). Murid -murid yang lemah daya inggatan digalakkan menggariskan perkara -perkara utama atau key -points dalam sesuatu perenggan dan membacanya berulang -ulang kali supaya mudah diingat.
Masalah membaca
Kadang kala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan -latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak -kanak itu supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya .
Ada beberapa cara untuk membantu murid -murid sekolah yang masih tidak boleh membaca. Kanak -kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya mentelaah buku -buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak -kanak ini boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang berpengalaman. Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia bersedia untuk membaca. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash -cards boleh mendatangkan minat membaca kepadak anak -kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai buku juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong. Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan yang tertulis.
Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording ) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension )
Keupayaan membaca dikalangan kanak-kank boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah peringkat dimana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang mengandungi gambar-gambar menarik Lazimnya. Pada peringakt usia lima hingga enam tahun, dia sudah mula mengenai huruf secara merangkak-rangkak. Semakin lama, dia semakin cekap sehingga boleh mengeja sesuatu perkataan. Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau tiga, dia sudah cekap membaca tanpa memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang dibacanya. Ini berbeza dengan kanak-kanak dalam darjah lima keatas yang sudah mula berfikir tentang makna setiaap sesuatu yang dibacanya. Dia mula mempersoalkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku-buku tersebut. Tumpuan perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih menggunakan ingatannya sewaktu membaca. Pada peringkat ini, seseorang kanak-kanak yang lemah daya ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya sering menghadapi masalah memahami apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam buku-buku tersebut lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untuk memahami apa yang dibaca. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 12 tahun keatas sudah boleh membuat ringkasan terhadap sesuatu yang dibacanya. Kanak-kanak yang sudah pandai meringkaskan, menganalisa dan menyusun denagn kemas maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pembacaan akan dapat menunjukkan prestasi akademik yang baik. Sebaliknya, kanak-kanak yang lambat mengenal huruf dan lambat membaca akan mengalami masalah. Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami apa yang dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut terjejas.
Kadangkala , terdapat kanak -kanak yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu perenggan dalam buku yang dibacanya , tetapi apabila disoal , dia tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Keluhan seperti " saya fikirkan saya faham apa yang saya baca " sering kedengaran. Situasi seperti ini perlu dianalisa untuk mengetahui punca yang menyebabkan kanak-kanak ini tidak memahami apa yang dibaca. Kemudian tumpuan perhatiannya terlalu singkat atau dia tidak membaca secara aktif. Dia perlu digalakkan supaya sering bertanya pada dirinya apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Kadang kala , si anak itu sendiri tidak faham apa yang dibaca kerana kelemahannya memahami bahasa yang digunakan. Sesuatu perkataan yang tidak difahami akan mengaburi konsep yang ingin disampaikan. Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh si penulis kerana terlalu kompleks. Oleh itu , dia memerlukan penjelasan gurunya. Kadangkala pula dia memang tidak ingat apa yang telah dibacanya dan mengulang membaca.
Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak , ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca dari kecil lagi. Kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya , peluang -peluang serta sumber -sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya.
Kanak -kanak hiperaktif
Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat , sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu , kanak -kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau , tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.
Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasayang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering berasa terasing. Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga 40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh memberikan perhatian yang khusus pada murid ini sahaja.
Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya , dia sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kanak -kanak serti inimemerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan satu ( one -to -one opproach ). Guru-guru perlu sering memberikan peringatan kepada murid ini sama ada melalui isyarat atau mengetuk meja untuk mendapatkan perhatianya dari semasa kesemasa. Adalakanya, pakar kana-kana perlu memberikan ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi.
Kekekokan
Ada juga kanak-kanak yang kekok dan tidak dapat menulis degan cepat. Ini menyebabkan dia lambat menghabiskan latihan-latihan menulis yang diberikan. Kanak-kanak seperti ini memerlukan lebih banyak latihan untuk meningkatkan kemahiran penulisannya. Tatkala kanak-kanak lain sudah boleh menulis ayat-ayat yang disebutkan oleh gurunya, dia pula terlalu lambat kerana masih belum cekap mengeluarkan maklumat yang diperlukan dari ingatannya dengan cepat atau secara automatik. Ini boleh meletihkan mentalnya dan mengakibatkan tulisannya sukar dibaca. Sayang sekali, dia sering diaggap lembab walaupun dia mungkin seorang yang cerdik.
Gangguan Emosi
Gangguan emosi boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidak maju didalam pelajarannya. Sering juga terdapat kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran kerana gangguan-gangguan seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang berpunca daripada gangguan emosinya. Contohnya ialah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang secara mendadak merosot dalam pelajarannya sejak enam bulan kebelakangan..
Sebelum itu dia merupakan murid yang cerdik dan menunjukkan prestasi yang sangat baik di sekolah. Sejak enam bulan yang lalu, ibu bapanya mengalami masalah rumahtangga dan sedang berura-ura untuk berpisah. Ini telah menimbulkan suasana rumahtangga yang tidak harmoni yang meyebabkan si anak sering mengeluh tidak sihat. Kanak -kanak yang mengalami gangguan emosi perlulah dikenal pasti supaya boleh diberi kaunseling untuk membantunya mengatasi masalah emosinya.
Kaunseling memerlukan penglibatan seluruh ahli keluarga untuk mencari jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya. Masalah pembelajaran dikalangan kanak-kanak memang sering berlaku dan kebanyakannya boleh diatasi degan menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu. Pendekatan-pendekatan ini perlulah mengambil kira ciri-ciri kekuatan dan kelemahan kanak-kanak berkenaan.
Strategi-strategi bypass yang sesuai boleh diaturkan bagi membolehkan dia mengatasi kelemahannya. Gelaran-gelaran seperti rencat akal (mental handicap), hiperaktif (hyperactivity) dan sebagainya tidak ada guna baginya sama sekali tanpa langkah-langkah intervensi yang sewajarnya. Sebaliknya, adalah lebih baik diwujukan program-program bagi membantu mengatasi masalah kanak-kanak ini. Kebanyakan kanak-kanak yang diberikan perhatian dan latihan-latihan akan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya maju dalam pelajaran mereka.
Tanggungjawab untuk membantu anak-anak yang bermasalah ini bukan hanya terletak diatas bahu para profesional atau guru-guru sekolah sahaja malah ibu bapa juga perlu mengambil perhatian berat dan memastikan anak-anak mereka mengikut latihan-latihan khas dirumah.
Sumber Rujukan: http://home.hamidarshat.com/TENTANG%20KANAK-KANAK.ht

Tekanan Emosi di Kalangan Kanak-kanak

Tekanan emosi merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang yang kerap menghadapi masalah. pekerja pejabat yang perlu menyiapkan tugas -tugasnya dalam tempoh masa yang ditetapkan mungkin akan menghadapi tekanan emosi jika dia gagal berbuat demikian. Pertelingkahan suami isteri boleh mendatangkan tekanan emosi kepada kedua -dua pihak dan akan mengganggu tugas -tugas harian mereka. Kanak -kanak yang tidak menunjukkan kemajuan di sekolah akan merunsingkan fikiran ibu bapanya dan sering menyebabkan berlakunya stress dikalangan ibu bapa tersebut. Berbagai -bagai lagi keadaan boleh menimbulkan tekanan emosi kepada seseorang individu.
Adakah kanak -kanak juga mengalami tekanan emosi ?
Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Seorang lelaki yang dibuang kerja tiba - tiba mendapati dia tidak lagi mempunyai sumber kewangan yang tetap. Dia tidak dapat menjelaskan hutang piutangnya dan mengatur belanjawan bulananya seperti biasa. Ini menimbulkan rasa resah dan boleh menyebabkan seleranya hilang. Tidurnya tidak lagi nyenyak , tubuhnya sering menggeletar dan jantungnya berdegup kencang. Dia mungkin sering diserang sakit kepala dan sakit perut. Semua tanda -tanda ini adalah ekoran daripada tekanan emosi yang dialaminya.
Dalam satu kes , seorang pelajar yang menduduki peperiksaan sijil rendah pelajaran mengeluh sering sakit kepala , sakit perut dan tidak dapat tidur nyenyak. Ini semua berpunca daripada perasaan resah dan kurang yakin yang dia akan dapat melepasi halangan akademik itu dengan jayanya.
Dalam satu kes lain pila , seorang kanak -kanak berusia enam tahun dibawa ke klinik kerana sering kencing malam sejak sebulan yang lalau . Apabila diperiksa , kesihatannya didapati memuaskan tetapi apabila diselidik keadaan psikososial keluarganya , saya diberitahu bahawa si ayah telah pergi berkursus ke luar negeri selama enam bulan. Kanak -kanak ini amat rapat dengan ayahnya. Ketiadaan ayahnya menyebabkan dia tidak mendapat perhatian yang diharapkan. Tekanan emosi akhirnya menyebabkan dia sering kencing malam dan mencuri barang -barang kawan -kawannya ditadika.
Satu lagi contoh tekanan emosi ialah kanak -kanak yang sering kencing malam dan tidak selera makan akibat suasana di rumah yang kurang stabil. ibu bapanya sering bertelagah dan sedang berura -ura untuk berpisah.
Kanak -kanak yang berusia tiga tahun yang tidak pernah berenggang dengan ibunya juga akan dilanda tekanan emosi jika ditinggalkan dibawah jagaan pengasuh tadika. Dia akan menangis dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara. Jika kanak -kanak ini dimasukkan ke hospital , ibu atau bapanya dinasihatkan agar sentiasa berada di sisinya kerana keadaan persekitaran yang asing dan berbeza akan memberi kesan kepada status emosi anak itu. Kehadiran ibu bapa sedikit sebanyak akan mengurangkan tekanan emosi dan perasaan takut kanak -kanak tersebut.
Saya percaya bayi juga boleh mengalami tekanan emosi. Rasa kurang selesanya terhadap sesuatu keadaan dipamerkan melalui tangisan yang lebih kerap , keengganan untuk menyusu dan tidak subur.
Dalam suatu kes , seseorang bayi berusia enam bulan yang tidak subur telah diperiksa di klinik dan didapatti bahawa dia kurang menyusu. Bayi tersebut tidak mendapat layanan mesra daripada ibunya yang mengalami depression. Dia dijaga sama ada oleh ibu saudaranya , pembantu rumah atau kadangkala jirannya. Nyatalah bahawa anak ini sering meragam kerana tidk dapat menikmati belaian ibu kandungnya. Si ibu kemudian diberikan rawatan kaunseling . Dia telah dapat mengubah caragaya keibuannya dan ekoran daripada itu , hubungan ibu dan anak menjadi lebih mesra. Sianak lebih nyenyak tidurnya dan menyusu dengan lebih baik. Timbang beratnya ternayata meningkat dengan lebih memuaskan selepas beberapa bulan kemudian.
Dari contoh -contoh yang diberikan ini , kita dapat melihat bahawa tekanan emosi boleh berlaku kepada kanak -kanak dipelbagai peringkat usia . Tanda -tanda yang ditunjukkan oleh kanak -kanak berbeza -beza mengikut usia masing -masing. Seorang kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kurang selera makan , loya tekak dan muntah -muntah , sakit perut , sakit kepala , pucat dan tidak aktif. Ada juga yang menjaditidak bermaya , lelah , sukar tidur malam , kencing malam , menggigit -gigit kuku , menarik -narik rambut dan sebaginya.
Kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kelihatan lebih kurus akibat hilang selera makan. Doktor yang merawat kanak -kanak yang mempamerkan tanda -tanda seperti yang disebutkan di atas perlu melakukan pemeriksaan yang teliti supaya sebarang penyakit , jika wujud dapat dirawat segera. jika doktor yakin tidak ada unsur penyakit berbahaya yang terlibat , keadaan psikososial si anak pula perlu dinilai dengan terperinci. Kemungkinan besar , dia menghadapi tekanan emosi. Tegasnya , pertimbangan harus diberikan terlebih dahulu kepada kemungkinan tanda -tanda tersebut disebabkan oleh sejenis penyakit fizikal sebelum ia dihubungkaitkan aspek tekanan emosi.
Faktor -faktor psikososial merangkumi aspek kekeluargaan , suasanan di rumah dan di sekolah , aspek pergaulan dan sebagainya. Doktor juga perlu mempertimbangkan ciri -ciri kelemahan si anak dan mencari punca - punca kelemahan itu. Ambil contoh kanak -kanak yang telah mencapai usia enam tahun tetapi masih tidak boleh bercakap dengan fasih dan mempamerkan prestasi intelek yang kurang memuasakan.
Ini mungkin kerana dia berasa kurang selesa di tadika atau disekolah nya. Guru yang tidak memahami masalah anak ini mungkin akan mengabaikannya begitu sahaja tanpa memberikan perhatian , sokongan dan bimbingan. Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian , kanak -kanak ini mungkin menjadi hiperaktif , sering mengacau kanak -kanak lain dan merayau -rayau sesuka hatinya. Tingkah lakunya mungkin akan menjejaskan program -program yang telah diaturkan ditadika atau di kelasnya. Kanak -kanak yang sebegini perlu mendapatkan penilaian yang terperinci bagi mengenal pasti ciri -ciri kelemahan dan kekuatan yang dimlikinya.
Program pembelajaran yang lebih sesuai boleh diaturkan untuknya. Umpamanya , program yang menekan aspek -aspek membina keyakinan diri dan pergaulan sosial supaya dia dapat berhubung dengan kanak -kanak lain secara lebih cepat.
Adakalanya , kanak -kanak menghadapi masalah pembelajaran yang khusus ( learning disability ) yang menyebabkan dia tidak dapat maju dalam pelajaran seperti kanak -kanak lain. Keadaan ini perlu di kenal pasti supaya langkah -langkah intervensi dapat diatur khusus untuknya bagi membolehkan dia menggunakan ciri -ciri kekuatan yang lain untuk mengatasi kebuntuan yang dihadapinya itu.
Adakalanya , kanak -kanak diasuh dan dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Mereka tidak dibekalkan dengan bahan -bahan bacaan dan peralatan menulis yang cukup. Ada sesetengahnya pula tidak dibiasakan untuk berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain secara terbuka. Akibatnya , mereka berasa kurang yakin dengan diri sendiri. Akibat kurangnya pergaulan , kemahiran sosial mereka terbantut. Apabila mereka dimasukkan ke tadika atau sekolah , mereka mengalami ketegangan jiwa. Mereka berasa kurang yakin pada diri sendiri serta tidak banyak bercakap. Malahan , perasaan takut mungkin bersarang dalam jiwa mereka, terutama apabila berhadapan dengan guru. Oleh itu , para pengasuh tadika atau guru patut memain peranan yang lebih positif untuk membantu kanak -kanak ini agar mereka berasa lebih selesa dalam suasana baru dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka.
Ibu bapa yang rapat serta peka terhadap keperluan anak -anak pasti dapat merasai perubahan pada anak yang mengalami tekanan emosi , terutamanya dari segi tingkah laku dan cara percakapan. Kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi lebih suka berseorangan , termenung , merayau -rayau dan berkelakuan tidak menentu. Mereka sering kelihatan tidak bermaya , kurang menunjukkan minat dan tidak mempamerkan wajah gembira dan mesra seperti biasa. Mereka mungkin menjadi lebih pemarah ,lebih resah , kurang sabar , tidak suka ditegur dan menunjukkan berbagai -bagai corak tingkah lakuyang tidak menyenangkan.
Kanak -kanak yang akan menduduki peperiksaan , sedang menunggu keputusan peperiksaan atau yang mengalami krisis pergaulan dengan rakan sebaya berkemungkinan akan mengalami tekanan emosi. Anak -anak yang sedang melalui zaman remaja sering mengalami konflik perasaan dan mudah berasa tersinggung. Ibu bapa sewajarnyalah memberikan sokongan moral yang kuat dan galakan sepenuhnya kepada anak -anak mereka yang menghadapi krisis dan cabaran -cabaran hidup. Semakin mereka membesar , semakin berat tanggungjawab yang mereka pikul. Ketenangan dan keyakinan diri perlu dipupuk dalam diri si anak. Latihan -latihan yang bertujuan mengatasi tekanan emosi perlu didedahkan kepada mereka untuk dimanfaatkan.
Bagaimanakah cara untuk mengurangkan tekanan emosi ?
Cara seseorang itu menghadapi cabaran -cabaran hidup berbeza dengan seorang yang lain dan ini bergantung pada personaliti atau perwatakannya yang telah dibentuk sejak dari peringkat bayi lagi dan mungkin juga sejak dari dalam rahim lagi. Selain pengaruh baka , pengalaman dari semasa ke semasa sentiasa mengubah , mengukuh atau menghilangkan sesuatu ciri perwatakan yang terdapat pada dirinya.
Dikalangan orang dewasa ,ada yang sering kelihatan tenang sahaja walaupun berhadapan dengan sesuatu krisis manakala ada pula yang mudah resah sehingga tidak dapat memikirkan cara -cara untuk mengatasi sesuatu masalah itu dengan baik.Keupayaan berfikir dengan tenang dan kecekapan menganalisa sesuatu keadaan untuk mendapat kaedah penyelesaian yang wajar merupakan cara yang berkesan untuk mengatasi atau mengurangkan tekanan emosi. Seseorang yang sering resah dan mudah berasa gentar apabila menghadapi sesuatu cabaran perlu mengubah sikapnya jika dia ingin berjaya didalam bidangnya.
Setiap individu memang mempunyai kebolehan untuk mengatasi kelemahan -kelemahannya. Begitu juga dengan kanak -kanak yang sedang membesar yang mudah dibentuk pemikirannya melalui pendidikan dan contoh -contoh positif.
Tabiat -tabait yang kurang sihat dan negatif boleh menjejaskan prestasi seseorang kanak -kanak. Contohnya , seorang kanak -kanak berusia 10 tahun sering mengeluh tidak boleh tidur malam dan berasa resah untuk menghadapi peperiksaan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa pengalaman -pengalaman yang dilaluinya sejak kecil tidak banyak mengajarnya membina keyakinan diri. Gurunya menyatakan bahawa dia seorang budak yang lembab sejak dia di dalam darjah satu lagi.
Apabila anak ini dinilai , prestasi inteleknya didapati setaraf dengan kanak -kanak lain yang sebaya dengannya. Jika dia diberi perhatian yang lebih sejak dari darjah satu lagi , prestasi akademiknya mungkin akan lebih baik. Tetapi , kerana program intervensi bagi membantunya dalam pelajaran tidak dapat diaturkan dengan berkesan , prestasinya tahun demi tahun semakin merosot. Ini semakin menjejaskan keyakinan dirinya. Dia akan mudah berasa tertekan apabila berhadapan dengan sesuatu cabaran.
Kecaman dan denda kerana prestasi akademik yang tidak memuaskan tidak akan mendatangkan apa -apa manfaat malahan akan lebih menyinggung perasaanya. Dia memerlukan galakan , sokongan dan tunjuk ajar daripada guru -guru yang arif supaya dia dapat maju dalam pelajarannya. Kanak -kanak seperti ini sering mendapat tekanan emosi. Untuk meredakan keadaan emosi yang berkecamuk , dia mungkin menunjukkan tingkah laku seperti melawak , menjadi agresif , sentiasa resah atau tidak mengambil berat langsung dalam hal -hal sekolah.
Kesimpulan
Tekanan emosi boleh dialami oleh kanak -kanak tanpa mengira usia. Manifestasi yang ditunjukkan berbeza -beza mengikut tahap perkembangannya . Ibu bapa perlu memahami dan mengenali ciri -ciri tekanan emosi di kalangan anak -anak tersebut.
Kadangkala, keluhan dikalangan kanak -kanak itu perlulah diperiksa dengan teliti supaya segala punca boleh dikaitkan dengan penyakit organik dapat dikenal pasti sebelum perhatian ditumpukan kepada masalah psikososial kanak -kanak

peranan ibu bapa


PERANAN IBU BAPA DALAM MENINGKATKAN POTENSI ANAK-ANAK

Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam hidup. Mereka ingin melihat tiap seorang daripada anak mereka mencapai kesejahteraan dari segi fizikal, mental, sosial dan juga rohaniah. Mereka sentiasa memikirkan masa depan zuriat mereka. Ini adalah satu jihad.Dalam satu hadis , rasulullah s.a.w bersabda , yang bermaksud : "seorang anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah dan ibu bapanyalah yang mencorakkan sama ada ia menjadi seorang Yahudi , Nasrani , atau Majusi ". Apabila membincangkan soal untuk mempertingkatkan potensi intelek seseorang kanak -kanak , aspek -aspek lain seperti perkembangan fizikal , sosialnya ,dan rohaniahnya tidak boleh diketepikan. Perkembangan dalam satu bidang akan mempergaruhi perkembangan dalam bidang yang lain. Umpamanya , perkembangan aspek komunikasi yanng optimum akan mempertingkatkan kemahiran sosial si anak. Ini kemudiannya akan mempengaruhi kemahiran inteleknya , meningkatkan daya kreatif dan menonjolkan bakat semulajadi yang diwarisi dari ibu bapa atau nenek moyangnya. Peranan ibu bapa dalam usaha untuk mempertingkatkan potensi anak mereka boleh diwujudkan melalui konsep keibu - bapaan berkesan atau effective parenting. Konsep ini bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personaliti si anak itu supaya ciri -ciri tingkah laku yang ditunjukkanya adalah baik dan sesuai dengan kehendak ibu bapa, keluarga , masyarakat dan negara .Ibu bapa merupakan sebaik -baik contoh kepada anak -anak. Mereka perlu sentiasa menarik perhatian anak mereka kepada perwatakan dan tingkah laku yang baik agar si anak dapat menjiwakannya. Dasar kependudukan baru negara menekankan kewujudkan satu generasi yang sihat , dinamik , produktif serta mempunyai nilai -nilai hidup dan moral yang tinggi. Negara memerlukan tenaga kerja yang mahir dan berfikiran positif. Ibu bapa mestilah mempunyai pengetahuan tentang perkembangan kanak -kanak , strategi pendidikan dan strategi pengubahsuaian tingkah laku supaya dapat mempengaruhi dan mencorakkan perkembangan anak mereka sepertimana yang di cita -citakan. Faktor -faktor yang mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak -kanak itu bolehlah dibahagikan kepada dua , iaitu faktor persekitaran luar dan faktor dalam diri si anak itu sendiri. Persekitaran luar merangkumi suasana di mana si anak diasuh dan berkait rapat dengan faktor -faktor seperti taraf sosioekonomi , budaya serta hubungan dengan adik -beradik serta kawan -kawan di sekelilingnya , peralatan di rumah atau di sekolah dan media massa. Faktor dalam diri sendiri termasuklah taraf kesihatan , taraf pemakanan pengamatan atau persepsinya terhadap dunia luar , pengamatan terhadap diri sendiri (sama ada dia berasa rendah diri atau sebaliknya ) , dan ciri -ciri serta bakat semula jadinya
yang sedikit sebanyak terdapat dalam baka yang diwarisinya . Setiap komponen yang memain peranan dalam mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak -kanak itu perlu difahami oleh ibu bapa. Mereka perlulah bijak mengenal pasti ciri -ciri kekuatan yang ada pada anak mereka di samping menumpukan perhatian pada sebarang kelemahan yang ada pada seseorang kanak -kanak itu boleh diatasi atau sekurang -kurangnya diperbaiki dengan menggunakan strategi -strategi tertentu. Kekuatan atau bakat yang dikenal pasti boleh dipupuk dan dipertingkatkan lagi dengan memberi galakan serta peluang untuk si anak itu meningkatkan potensinya . Setiap pemgalaman yang memberinya kepuasan dan kejayaan akan menambahkan lagi perasaan yakin pada diri sendiri dan ini pula akan memberinya lebih kekuatan untuk berhadapan dengan cabaran -cabaran baru yang bakal menguji daya inteleknya . Keupayaan intelek (intellectual capacity ) seseorang itu adalah kurniaan Allah s.w.t yang tiada siapa boleh memahami. Kebiasaannya , kita hanya boleh menilai kebolehan atau prestasi seseorang itu pada sesuatu ketika sahaja. Manusia sentiasa berubah dari segi kebolehan , tingkah laku dan sikap. Perubahan - perubahan ini adalah akibat pengaruh -pengaruhi luar , pengaruh -pengaruh dalam dirinya atau perasaannya pada peringkat trimester kedua kehamilan sehingga dua tahun selepas kelahiran. Pertumbuhan otak berkembang pesat pada waktu ini. Bayi yang baru lahir hanya tidur , bangun
untuk menyusu dan mula mengenal persekitarannya melalui deria-deria yang dimilikinya. Daya pemikirannya meningkat dengan peredaran masa dan pada usia tiga tahun dia sudah boleh berlari, melompat, bercakap menggunakan ayat yang penuh, bergaul mesra dengan rakan sebaya dan makan minum serta memakai baju tanpa pertolongan orang lain. Perasaan ingin tahu sangat ketara ini dan dia bertubi-tubi mengemukakan pelbagai soalan kepada ibu bapanya dan sesiapa sahaja yang rapat dengannya bagi memenuhi kehausan pengetahuan pada dirinya.
Jika hakikat imi disedari, maka mudahlah difahami mengapa penjagaan yang rapi dan perhatian yang secukupnya harus diberikan daripada peringkat janin lagi untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan bayi yang optimum. Kesihatan ibu yang hamil adalah suatu aspek penting yang perlu diberikan perhatian serius. Ibu hamil yang menghidap penyakit atau mengamalkan tabiat hidup yang moden mengancam kesihatan seperti merokok, meminum arak, mengambil dadah atau ubat-ubatan yang dicegah dan juga mereka yang terdedah kepada unsur sinar-X boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan janin yang didalam kandungan. Demikian juga halnya dengan bayi yang dilahirkan secara kecemasan. Kekurangan bekalan oksigen ke bahagian otak-nya atau serangan penyakit yang boleh merosakkan otaknya akan menjejaskan perkembangan dan pertumbuhannya. Amalan -amlan yang sihat yang boleh mempertingkatkan kesihatan ibu hamil perlu diberikan perhatian. Di negara kita , kadar kematian di kalangan bayi akibat keadaan -keadaan yang sepatutnya boleh dicegah masih lagi berada di tahap yang tinggi. Ini tidak seharusnya berlaju memandangkan teknologi untuk mencegah atau merawat penyakit -penyakit ini telah ada dan mudah pula di dapati.
Pengawasan terhadap perkembangan dan pertumbuhan bayi selepas lahir dari semasa ke semasa adalah penting kerana ini merupakan satu -satunya cara untuk mengenal pasti sebarang keadaan yang luar dari kebiasaan Walaupun kerajaan telah menyediakan program - program bagi mengawasi perkembangan kanak -kanak , usaha -usaha ini tidak akan berjaya tanpa kesedaran pihak ibu bapa tentang peranan mereka dalam mengawasi perkembangan dan tumbesaran anak mereka. Kunci kepada perkembangan dan tumbesaran yang optimum seseorang kanak -kanak itu ialah taraf kesihatan yang tinggi tanpa sebarang kecacatan atau penyakit yang serius. Andainya seseorang anak itu pekak atau buta ibu bapa haruslah bijak mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sianak itu dan mengetahui strategi-strategi berkesan yang boleh digunakan untuk memaksimumkan potensi anak mereka.
Anak yang menghidap penyakit perlulah mendapat rawatan segera agar doktor dapat mengenal pasti penyakit tersebut diperingkat awal serangannya dan mencarikan ubat yang sesuai. Usaha-usaha untuk mempertingkat ketahanan diri sianak supaya tidak selalu diserang penyakit juga perlu dijalankan.
Amalan, sikap san nilai-nilai yang ada pada ibu bapa banyak dipengaruhi oleh orang tua mereka sendiri. Mereka harus memikirkan sama ada ciri-ciri ini sesuai dengan keadaan, masa dan juga sifat-sifat yang terdapat pada anak mereka. Umpamanya, mendisiplinkan anak dengan cara merotan mempunyai kesan yang negetif terhadap anak itu. Sebaliknya, banyak kaedah positif lain yang boleh meningkatkan daya pemikiran dan kematangan sosial sianak. Caragayanya keibubapaan sudah semestinyalah sedikit sebanyak akan mempengaruhi seseorang anak apabila dewasa dan seterusnya menjadi ibu atau bapa pula. Kajian menunjukkan bahawa ramai ibu bapa yang sewaktu kecilnya menjadi mangsa penganiayaan orang tua mereka cenderung untuk menganiayai anak-anak mereka sendiri.
Keperluan dan citarasa seorang kanak-kanak berubah dari semasa ke semasa. Umpamanya, jenis makanan yang digemarinya akan berubah-ubah mengikut seleranya. Corak pakaian, permainan dan cara berkomunikasi dengannya juga perlu diubahsuai mengikut kematangan fikirannya. Tingkah lakunya sering berubah-ubah.Tabiat yang dianggap lazim pada satu peringkat usia mungkin tidak manis atau tidak lagi sesuai apabila umur meningkat. Umpamanya, tabiat menghisap jari biasanya akan hilang dengan sendirinya bagi kebanyakan kanak-kanak tetapi jika ia berterusan sehingga usia enam tahun keatas, ini mungkin ada kaitannya dengan suasana yang kurang selesa baginya. Ibu bapa boleh menolong mengikis tabiat anak yang kurang manis jika mereka mengetahui asas kelakuan yang ditunjukkan serta kaedah modifikasi tingkahlaku.
Kanak-kanak yang baru memulakan persekolahan dalam tahun satu mempamerkan berbagai-bagai corak perwatakan. Seseorang guru yang cekap memerhatikan tingkah laku anak-anak muridnya boleh mengagak sama ada suasana dimana kanak-kanak itu dibesarkan merupakan suasana yang baik dengan segala keperluannya dipenuhi atau sama ada kanak-kanak itu datang dari kalangan keluarga yang kurang sejahtera, serba kekurangan dan kerap tidak dapat memenuhi keperluannya.
Mendisiplinkan anak adalah satu proses yang berterusan. Setiap detik dalam kehidupan anak itu merupakan satu pengalaman. Oleh itu, perwatakannya dari semasa akan terbentuk daripada setiap pengalaman yang bermula dari dalam rahim ibunya dan berterusan sehingga akhir hayatnya. Oleh itu , ibu bapa memain peranan untuk memastikan agar anak mereka sering didedahkan kepada pengalaman - pengalaman positif yang meninggalkan kenangan -kenangan manis kepadanya supaya dia dapat menyedari bakat yang ada padanya dan berbangga terhadap setiap pencapaiannya.
Kanak -kanak tidak sunyi daripada dilanda perasaan hiba , sama ada di sebabkan kehilangan orang yang disayanginya atau penyakit yang memerlukan rawatan di hospital dan berbagai -bagai lagi peristiwa yang menyedihkan. Tetapi , melalui belaian kasih dan cara berkomunikasi yang berkesan , pengalaman - pengalaman sedih ini boleh meneguhkan iman dan perwatakannya. Pengalaman -pengalaman ini merupakan detik peristiwa yang boleh memberikan pedoman dan pengajaran yang berguna dalam hidupnya. Umpamanya , kanak -kanak yang kematian ayahnya akibat kemalangan boleh dibantu jika ibu , datuk ,nenek dan saudara mara terdekat mencurahkan kasih sayang dan perhatian serta memberi nasihat - nasihat dan pandangan -pandangan positif yang boleh menolong mencorakkan personalitinya. Dia mungkin akan menjadi lebih cekal dan berfikiran lebih matang jika dibandingkan dengan kanak -kanak lain yang belum pernah mengalami situasi yang sebegitu mencabar. Sebaliknya , jika si anak tidak mendapat sokongan emosi dan perhatian yang amat -amat diperlukan , kesedihannya mungkin akan berlanjutan dan akan menjejaskan perkembangan sosial dan inteleknya.
Kanak -kanak pekak , buta , yang cacat anggota atau yang mempunyai masalah perubatan seperti sawan memerlukan kemahiran keibubapaan yang khusus. Ibu bapa yang terlibat perlu mengorbankan masa mereka untuk menjalani latihan -latihan dan membelanjakan wang ringgit untuk mendapatkan keperluan keperluan seperti alat pendengaran , cermin mata rawatan perubatan atau terapi. Malah , mereka mungkin perlu peka terhadap kemajuan - kemajuan dalam teknologi pendidikan khas (special aducation ) melalui majalah - majalah , buku -buku serta latihan - latihan khas untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan -pengetahuan yang boleh digunakan bagi melatih anak mereka. Ibu bapa juga perlu tahu tentang perkhidmatan untuk kanak -kanak cacat sama ada yang ditawarkan oleh badan -badan kerajaan , swasta atau pertubuhan -pertubuhan sukarela. Kadangkala , ada baiknya ibu bapa sendiri menganggotai organisasi -organisasi yang menyediakan perkhidmatan -perkhidmatan khas untuk kanak -kanak cacat dan yang bermasalah agar mereka dapat berhubung dengan pihak -pihak yang berkenaan yang boleh mengaturkan keperluan -keperluan khas untuk anak -anak mereka.
Rumusan
Untuk mempertingkatkan potensi anak -anak , ibu bapa perlu mempunyai sikap dan amalan positif serta pengetahuan yang boleh membantu mempengaruhi perkembangan anak mereka dengan lebih mendalam lagi terutamanya dari segi kekuatan dan bakat semula jadi yang dimilikinya. Dengan ini , ciri -ciri positif
yang dimiliki oleh anak mereka dapat di pupuk dan dirangsang untuk mencapai kecemerlangan.

Bacakanlah buku pada anak

Bacakanlah buku pada anak

Perkembangan intelektual kanak-kanak merujuk kepada proses keupayaan pembelajaran yang diperolehinya semasa dia membesar. Sesetengah ibu bapa mungkin tertanya mengapa anak-anak rakan mereka lebih bijak daripada anak mereka walaupun menghadiri tadika yang sama.


Atau pun mengapa kanak-kanak lain yang berumur setahun telah mula bercakap sedangkan anak mereka tidak. Anda harus ingat bahawa setiap kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza. Namun, jika anda mengesan perkembangan anak anda adalah lebih perlahan, terdapat beberapa ujian yang diguna oleh pakar psikologi untuk menilai perkembangan intelektual (IQ) anak anda.
Ujian-ujian yang lazim digunakan:

  1. - Stanford-Binet
  2. - Ujian kecerdasan minda Peabody Picture
  3. - Ujian kosa kata Bayley Scales of
Kecerdasan diwarisi?
Ramai beranggapan bahawa otak dan seterusnya, kecerdasan ditentukan oleh genetik. Namun, kajian baru menunjukkan perkembangan otak kanak-kanak boleh dipengaruhi oleh persekitaran semasa zaman kanak-kanaknya seperti pemakanan, perubatan, emosi, dan sokongan intelektual yang optimum. Otak seseorang kanak-kanak mudah terpengaruh dengan pengalaman yang berbeza dan seterusnya menyebabkan perkembangan otak dalam cara yang berbeza. Apabila anak membesar, keupayaannya untuk menguasai bahasa, menyelesaikan masalah, dan berinteraksi dengan orang lain dipengaruhi oleh pengalamannya semasa dia masih kecil. Pengalaman yang baik akan membantu perkembangan otak yang baik, sementara pengabaian dan penderaan akan menyebabkan kanak-kanak lebih cenderung kepada pelbagai masalah seperti IQ yang lebih rendah ataupun gangguan emosi.
Ibu bapa adalah penjaga anak, justeru mereka merupakan individu utama untuk membantu anak belajar dan berkembang dari segi mental. Rangsangan dan interaksi merupakan aspek yang paling penting untuk perkembangan otak. Berikut adalah cara-cara yang boleh menggalakkan anak anda untuk belajar dan berkembang dengan baik:
1. Apabila dia mula "bercakap". Anak anda sering memerhatikan gerak-geri anda kerana dia tertarik kepada pelbagai bunyi yang dihasilkan oleh peti suara anda. Balas bunyi-bunyian anak anda dan berikan senyuman, bercakap dengannya dan namakan objek yang anda pegang atau biasa dimain olehnya. Membaca bersama juga membantu anak mempelajari kepentingan bertutur, walaupun dia masih tidak faham atau tidak dapat mengulangi perkataan-perkataan tersebut.
2. Apabila dia mula menunjukkan minat terhadap apa yang dilihat. Anak anda ingin tahu tentang perkara di sekitarnya. Galakkan sifat ingin tahu anak dan membantu merangsangkan pemikiran dan pembelajarannya dengan menggunakan alat permainan seperti blok yang berbeza bentuk dan warna. Tunjukkan gambar-gambar haiwan, buah-buahan, sayur-sayuran atau kenderaan kepadanya. Anda juga boleh menceritakan kepadanya tentang perkara yang dialami oleh anda setiap hari.
3. Apabila dia mula bergerak. Anda boleh membantu merangsang sensasi sentuhannya menggunakan objek atau alat permainan yang berlainan tekstur, saiz dan bentuk. Anda juga boleh menggantung alat mainan bergerak pada katil bayi untuk membantu memperkembangkan kemahiran motor anak dengan menggalakkan pergerakan tangan dan kakinya semasa dia cuba menyentuh objek tersebut. Apabila dia mencapai umur 13-17 bulan, anda boleh memegang tangannya dan berjalan bersama-sama sambil membenarkan dia menerokai alam sekelilingnya. Cuba memberi peluang kepadanya untuk berjalan sendiri, tetapi anda harus memastikan persekitaran tersebut adalah selamat untuk berbuat demikian.


Pemakanan
Selain daripada rangsangan dan interaksi, pemakanan yang sihat adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak. Sesetengah nutrien seperti phospholipids, omega 3 dan omega 6, docosahexaenoic acid (DHA) dan arachidonic acid (AA) penting untuk perkembangan otak yang baik. Nutrien-nutrien ini terdapat dalam soya, telur, ikan berlemak seperti tuna dan sardin, serta walnut.
Taurine, choline dan zat besi adalah micronutrien yang penting untuk menyambung rangkaian antara sel-sel otak. Sumber makanan yang mengandungi nutrien termasuk kekacang, sayuran berdaun hijau, bijirin penuh, brokoli, kuning telur dan daging.
Nutrien lain yang turut penting seperti antioksidan (lutein, selenium, vitamin A, C dan E) dan zink, adalah berfungsi untuk melindungi sel-sel otak. Anda boleh memperolehi nutrien ini daripada buah-buahan dan sayur-sayuran, teh, prun dan juga keju.
Jangan lupa anak anda perlu makan pelbagai jenis makanan untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan. Produk susu adalah sumber makanan yang baik yang mengandungi pelbagai nutrien. Ibu harus mendapatkan formula susu yang telah dan diuji secara saintifik di kalangan kanak-kanak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...