bismillah

bismillah

ayat 1000 dinar

ayat 1000 dinar

kalendar

kalendar



Monday, January 31, 2011

Wahai wanita


Wahai wanita, anda ibarat rama2 yang mengindahkan lagi alam maya ini. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama2… Tapi keindahan anda mudah terlerai sebagaiman mudahnya rama2 terlerai drpd keindahan apabila disentuh… tatkala rama2 sudah hilang keindahan tiada siapa akan pedulinya lagi…

Hanya sekali sentuh, corak rama2 sudah boleh musnah kalau 2 x sentuh mungkin seluruh coraknya tiada… kalau 3x sentuh tidak mustahil coraknya akan musnah… terkoyak… JATUHLAH SANG RAMA2 KETANAH TANPA ADA SIAPA YANG PEDULIKANNYA…

Anda patut rasa rugi sebab ketahuilah… lelaki amat bangga sekali apabila dapat meletakkan tangan ke atas tubuh anda sedangkan dia tidak berhak berbuat sedemikian… bezanya lelaki dan wanita… lelaki tidak kehilangan apa2 biar berapa ramai pun wanita mengilainya malahan lelaki akan berasa bangga bak kata orang “ SAHAM NAIK”.. tapi anda sbg wanita rugi setiap kali ada tangan yang tidak berhak menyentuh  atau hinggap ke tubuh anda…. FIKIRKAN LAH….

Friday, January 28, 2011

Jagalah hati

Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk takafur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah " PINTU HATI YANG BARU......???

Hati milik kita bersama... Ia terletak dalam kerangka jasad tubuh kita..... Kita hendaklah senantiasa menjaga dan menggilapnya hingga bercahaya... Hati yang bercahaya memaparkan wajah sebenar diri kita...

Lazimilah mencapai al-Quran dan membacanya..... Bacalah ayat2 Allah itu... kerana ia pasti akan menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan..... Itulah penawar jiwa,,,,, ubat kepada hati....

Ada ungkapan yang menyatakan "what you see is what you get"... Maksudnya apa yang kita pandang (dengan hati tentunya) itulah yang kita dapat... 
Orang berprasangka sentiasa melihat keburukan kepada orang , situasi dan kondisi yang sedang dihadapinya,    maka dia akan mendapat keburukan hasil pandangan itu...
jangan lupa pulak ungkapan...." What happens in you is more important than what happens to you" Sebab itu, orang yang baik hati, mampu bersangka baik dengan menganggap kritikan yang tidak adil terhadap mereka  sebagai satu pujian yang tidak rasmi... 

Tuesday, January 25, 2011

Tertolak solat jika tidak membaca al-fatiha

Dari Abu Hurairah r.a : 


Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang mengerjakan satu solat tanpa Ummul Quran (Al-Fatihah) maka beliau seorang penipu (diulang tiga kali), (iaitu) tidak sempurna.” 

Lalu ditanya (oleh orang) kepada Abu Hurairah : “Sesungguhnya (jika) kami bersolat di belakang imam?”

Kata Abu Hurairah r.a : “Bacalah untuk diri mu kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda” : “Allah Ta’ala berfirman : Aku membahagikan solat itu antara-Ku dengan hamba-Ku kepada dua bahagian dan untuk hamba-Ku apa yang dipintanya (permintaannya dikabulkan).

Apabila si hamba membaca : Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, 
Allah Ta’ala berfirman : Hamba-Ku memuji-Ku.

Apabila si hamba membaca : Yang Maha Pemurah dan Pengasih, 
Allah Ta’ala berfirman : Hamba-Ku memuja-Ku.

Apabila si hamba membaca : Penguasa hari pembalasan,
Allah berfirman : Hamba-Ku mengagungkan Daku, hamba-Ku menyerahkan (urusannya kepada-Ku).

Apabila si hamba membaca : Kepada-Mu kami menyembah dan kepada-Mu kami memohon pertolongan,
Allah Ta’ala berfirman : Ini adalah antara-Ku dan hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa yang dipintanya.

Apabila si hamba membaca : Tunjukilah kami ke jalan yang lurus, jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat dan bukannya jalan orang-orang yang Engkau murkai dan orang-orang yang sesat,

Allah berfirman : Ini adalah untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa yang dipintanya.”
[074] (Sahih. Dikeluarkan oleh Muslim, Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Al-Baihaqi dll)

 

Monday, January 24, 2011

fine motor skill

The building of fine motor skills in children will enable them to perform a variety of important functional tasks. These include:

  • tying shoes

  • zipping and unzipping

  • buckling and unbuckling

  • writing legibly and without significant muscle fatigue

  • playing games that require precise hand and finger control

  • drawing, painting, and coloring

  • manipulating buttons and snaps

  • putting small objects together

  • doing puzzles

  • making crafts

  • using scissors

  • manipulating small objects such as coins

  • opening and closing objects

  • picking up and holding onto small objects

  • developing and maintaining an effective and proper pencil grip

  • pinching objects between fingers

  • using locks and keys

  • being able to isolate finger movements (i.e., using one finger at a time, such as in playing the piano or typing)

  • turning things over or turning pages of a book

  • holding and using utensils properly and effectively

  • screwing and unscrewing

  • doing ANYTHING that requires small precise hand and finger movements

  • Monday, January 17, 2011

    Selamat Panjang Umur

    Setiap kali  menyambut ulang tahun kelahiran, ucapan sewajarnya bukanlah "selamat panjang umur" tetapi " selamat pendek umur". Hal ini kerana tempoh mati seseorang telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu. Maknanya, semakin hari semakin pendek umur kita. Ya, hari ini setapak lagi kita menghampiri tarikh kematian kita. Namun, kematian bukan pengakhiran. Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang tidak mati2 lagi - iaitu hidup di alam akhirat. Hidup di sini (dunia) adalah mengusahakan tanaman untuk tuaian bagi hidup di sana (akhirat). itulah tujuan hidup yang fana ini, demi kelangsungan hidup yang baqa itu.
    Mati untuk hidup? Benar, kerana kematian di dunia ini hakikatnya untuk kekal abadi di akhirat nanti.
    jika demikian apa ada pada umur? umur hanyalah putaran ukuran pada putaran bulan dan matahari yang dilakarkan oleh jarum jam, minit dan saat arloji. Umur itu relatif sifatnya. Tetapi ini tidak menjurus kepada perbahasan saintis tentang teori relativiti masa oleh Einstein. Apa yang penting adalah panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tapi kualiti. Juga bukan pada yang ukuran zahir tetapi pada nilai makrawi.
    Imam al-Nawawi, pendek umur tetapi " panjang' ilmu dan abadi jasanya. Imam Syaf'i, Imam Ghazali  tidak sempat pencen istilah orang sekarang, namun impaknya perjuangannya melangkaui dekad dan abad. Begitu juga Umar ibn Aziz memerintah hanya lebih kurang 2 tahun sahaja keunggulannya mengatasi khalifah ummaiyah yang memerintah lebih lama daripadanya, sama ada yang sebelum atau selepasnya.
    oleh sebab itu, kaedah memanjangkan umur adalah dengan memanjangkan amal, ilmu dan jasa. Harta misalnya boleh memanjangkan umurjika disedekahkannya atau diwakafkannya. Maka jadilah harta itu amal jariah, Pahalanya berterusan. akhlak juga boleh panjangkan umur, yakni dengan menyambung tali siratulrahim.
    Rahsia kejayaan orang yang panjang umur itu adalah kesedaran mereka tentang  tujuan hidup. Mereka ialah peribadi yang sentiasa sedar akan tujuan hidupnya. Dan impaknya, dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang menpunyai tujuan hidup. Mereka sentiasa kreatif dan innovatif dalam menambah amal kebajikannya..  

    Saturday, January 15, 2011

    anda mungkin tidak percaya

                                pertamaBersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.                              KEDUA.Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
                                    KETIGA.
    Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
                    KEEMPAT.
    Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
                       KELIMA.
    Apabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

                        KEENAM.
    Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu
    diijabkabulkan
                              KETUJUH
    Percayailah cinta pandang pertama.                KELAPAN.Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


    kESEMBILAN.

    Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.KESEPULUH.
    Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar. 
    KESEBELAS.
    Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
    KEDUABELAS.
    Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
    KETIGABELAS.
    Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
    KEEMPATBELAS.Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

    KELIMABELAS.
    Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
    KEENAMBELAS.
    Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
    KETUJUHBELAS.
         Berpeganglah kepada tiga R:
    1.        Rasa hormat pada diri sendiri;
    2.        Rasa hormat kepada orang lain;
    3.        Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

    KELAPANBELAS.
    Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
    KESEMBILANBELAS.Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
    KEDUAPULUH.Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
    KEDUAPULUH SATU.Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

    Syaitan pun terkejut

    Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh.

    Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.

    Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat,

    maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"

    Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat,

    syaitan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

    Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam......

    Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah,

    senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

    Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka syaitan itu sangat panik.

    Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,

    "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

    Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?".

    "Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil beredar pergi.

    insyaAllah kamu akan sembuh

    Pada suatu ketika seorang lelaki datang menemui ulama bernama Sofyan. Selain arif dalam bidang agama.Sofyan juga bijak dalam bidang perubatan.
    "Wahai Sofyan, aku menderita penyakit jauh daripada Allah. Tolonglah berikan aku ubat penyembuhnya,"rayu lelaki tersebut.
    Balas Sofyan,"Wahai saudaraku, hendaklah kau mengambil beberapa biji buah keikhlasan, daun-daun kesabaran dan perahan kesabaran hati. Letakkan semuanya itu dalam wadah ketakwaan, lalu kau tuangkannya ke dalam cairan rasa takut, kemudian adunkan ia dengan api kesedihan.
    "Setelah itu, kau saringlah ia dengan saringan kewaspadaan dan ambil ramuan itu dengan tangan kejujuran, lalu minumlah daripada gelas istighfar yang telah dicampurkan dengan air kesolehan. Sesudah itu jauhkanlah dirimu daripada rakus dan serakah, insya-Allah engkau akan sembuh dari penyakitmu itu."

    Friday, January 14, 2011

    Panjangkan usiaku

    USIA UMPAMA HARTA....
    bukannya banyaknya yang menjadi perhintungan tetapi keberkatannya...
    Harta yang berkat, sedikitpun mencukupi...banyaknya boleh diagih2kan.
    Begitulah usia yang berkat...pendeknya di manfaatkan,  panjangnya melimpahkan keberkatan.
     

    Saturday, January 8, 2011

    Fikir2 kan lah...

    Kehidupan kita penuh dengan prasangka, penuh teka teki, dan terkadang penuh duka. Bukan kita puncanya, bahkan kita telah melakukan yang terbaik.... tapi tersalah orang mentafsirkannya, hingga akhirnya kita  menjadi mangsa. Kita telah berkorban bukan sahaja tenaga bahkan wang ringgit, tetapi tiba2 orang mengatakan anda ada tujuan tertentu berbuat demikian... bagaimana anda rasakan ketika itu??? sakit hati dan marah, bukan???
    Hakikatnya kita tidak akan berjumpa dengan orang yang sama seperti kita dalam kehidupan kita ini. manusia tidak akan sama meskipun sepasang kembar...pasti ada bezanya di mana2... Apalagi dengan seseorang yang hanya berkongsi minat yang serupa dengan kita, banyak lagi perbezaannya kalo kita mahu lihat...
    "RAMBUT SAMA HITAM, HATI LAIN2....".Berurusan dengan orang yang tidak sama dengan kita, kadang2 duka... kadang2 suka... Walaupun selalunya lebih suka daripada duka, tetapi duka dan derita itu suhunya teramat tinggi hingga kita tidak tahan menanggungnya...
    Demikianlah sulitnya hidup.. Dari satu sudut kita akan melihat kehidupan itu sendiri amat mencabar kerana kita terpaksa hidup bersama mereka yang amat berbeza. Kita berniat baik disangka berniat jahat.... Kita ikhlas disangka ambil kesempatan.. Kita lunak disangka lemah.... Kita berlembut disangka tidak tegas.... Kita kuat bekerja dikata menunjuk2...
    Begitulah manusia, mudahnya membuat penafsiran mengikut arus theta dan delta yang mereka miliki... Mudahnya mereka membuat kesimpulan mengikut apa yang dibisikkan oleh syaitan... Dimana iktikad mereka dalam membuat penafsiran dan kesimpulan???  Tetapi ketahuilah di situlah uniknya kita bahkan kalo kita melihat dari sudut motivasi ... disitulah kita akan memperlihatkan kehebatan kita... Bayangkan tanpa mereka yang memperkecilkan kita... memandang rendah pada keupayaan kita.... suka menyusahkan hidup kita.... kita akan boleh menunjukkan kehebatan kita...
    Manusia perlukan cabaran untuk lebih berjaya... Tanpa cabaran dan ujian..... manusia akan lemah,lembik, mals dan lembap... Tanpa ujian manusia akan hidup dalam kabus dan apabila kabus terlalu tebal dia tidak akan dapat melihat langkahnya sendiri..... mereka mungkin akan tersalah langkah...
    kalau kita mahu berfikir secara positif... kita akan dapat semua kebaikan yang tersembunyi  di sebalik semua masalah yang kita hadapi... Sebaliknya kalo kita selesa berfikiran negatif... kita akan melihat semua keburukan disekeliling kita... waima langkah kita pun akan menjadi sumbang...
    Jika anda ditimpa musibah.... ingat... orang lain juga begitu... Cuma bezanya pada jenis, masa dan apa atau siapa yang menyebabkan ia berlaku... Begitu juga jika anda gembira, orang lain juga gembira.. Dan setiap kegembiraan ada masanya akan tenggelam dengan ujian... kalo ada oarang boleh bertenang dengan ujian yang mendatang, jadikanlah orang itu diri anda sendiri... 

    Friday, January 7, 2011

    Bila lelaki kehilangan tulang rusuk

    WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
    LELAKI: Kamu!!!
    WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
    LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

    Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

    Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

    Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

    LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

    Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

    LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

    Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

    LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

    Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

    LELAKI: Apa khabar?
    WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
    LELAKI: Belum.
    WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
    kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
    nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

    WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

    Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

    * Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
    terlambat...*

    *Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan *

    *menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

    *Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? * - ((Tmn2Syurga))



    Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

    tragedi cinta


    Dalam episod cinta takdir sering menguji  kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa dia tidak setia?  Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita.  Mengapa aku yang menerima nasib begini?Kita merasakan kitalah yang paling  malang. Hanya mulut mengaku Allah itu Tuhan tetapi mengapa dengan  takdir-Nya kita enggan? Semacam terlupa kata peneguhan di dalam al hadis  dan Al Quran bahawa besarnya masalah, beratnya ujian dan hebatnya  cabaran... berkadar terus dengan kekuatan iman.

    Inilah hakikat yang mesti menjadi  pegangan dalam menghadapi tragedi cinta di dalam rumah tangga. Tragedi  cinta menjadi ujian iman dan tauhid sesetengah kita. Setiap orang ada  medan ujiannya masing-masing. Dan untuk isteri yang teruji dengan  pasangannya, sematkan di dalam dada... bahawa itulah takdir yang dipilih  oleh Allah untuk menguji keimanan kita.

    Bukankah sudah diungkapkan oleh sejarah,  ada isteri yang baik diuji dengan suami yang jahat seperti Siti Asiah  isteri kepada Firaun laknatullah. Bujukan Allah cuma satu, bergembiralah  dengan pahala di sebalik ujian itu. Tenanglah dengan jani-janji syurga.  Ini bukan 'escapeism' tetapi itulah iman. Yakinlah, bahawa cinta yang  lebih besar sedang menguji cinta yang lebih kecil. Cinta Allah sedang  menguji cinta kita kepada isteri atau suami.

    Dan jika cinta yang kecil itu rapuh,  jangan pula cinta yang lebih besar itu roboh. Percayakan janji-janji  Allah di akhirat adalah penawar paling mujarab untuk menghadapi  keperitan ujian hidup di dunia. Ketika disiksa menjelang kematiannya,  Siti Asiah hanya memohon kepada Allah untuk mendapat rumah di dalam  syurga. Jadi usah dikorbankan akhirat kita hanya kerana dipersiakan oleh  cinta kita di dunia.

    Bagaimana sekiranya, cinta kita sudah  dipersiakan? Pasangan kita seolah-olah menjadi 'orang lain'. Bukan dia  yang kita kenal dahulu. Apakah ketika itu kita akan jadi panasaran?  Habis segala laci, meja tulis, kereta atau begnya kita selongkar.  Telefon bimbitnya, email, facebook dan apa sahaja milik peribadinya kita  bongkar. Mencari dan menghidu kalau-kalau terdapat bukti kecurangannya.  Siang malam diamuk gelisah. Kita bagaikan dirasuk.

    Pada saat genting itu tekanlah butang  'pause'. Bertanyalah pada diri, apakah kita masih menaruh harapan? Jika  jawapannya masih ya, maka nyalakanlah harapan itu – keep hope alife! Berusahalah untuk memperbaiki diri. Dakap cinta Allah erat-erat. Moga  perubahan itu membuahkan harapan yang  akan merubah pasangan kita.

    Tempuhlah jalan-jalan yang baik dan  dibenarkan oleh syariat untuk membetulkan keadaan. Jangan cuba membasuh  najis dengan air najis. Maksudnya, jangan gunakan jalan yang salah untuk  membetulkan kesalahan pasangan kita. Nanti keadaan akan bertambah  buruk. Terimalah takdir itu dahulu. Jangan mungkir. Kita tidak mungkin  dapat mengawal arah tiupan angin, tetapi kita masih mampu mengawal  kemudi pelayaran.

    Setelah berusaha sehabis daya...  istirehatkan hati dan minda. Cuba tenangkan perasaan. Dia bukan  segala-galanya dalam hidup yang singkat ini. Harapkan yang terbaik  tetapi bersedialah menghadapi yang terburuk. Jika terpaksa kehilangan  cinta itu bukan bukan bermakna kehilangan segala-galanya.

    Buat isteri yang diuji, ambillah masa  untuk bersunyi-sunyi dengan Allah. Ketika hati mu telah tenang  tuliskanlah surat ini. Surat buat menghadapi tragedi cinta...

    Suami ku yang disayangi,

    Surat ini ku tulis dengan hati yang  terus menerus berdoa agar kau dan aku berjaya mengatasi apa jua halangan  dalam perjalanan kita mendapat keredaan Allah. Hingga kini aku terus  yakin jika kita mencari kebaikan, insya-Allah, Allah akan memberikannya.

    Terlebih dahulu ingin aku nyatakan  bahawa dalam apa jua pergolakan dan ujian yang telah berlaku sepanjang  kita berumah tangga, aku tetap menghormati mu. Walaupun ada masanya  sikap dan kata-kataku terlanjur dan terkasar, itu bukanlah kerana aku  sudah tidak  menghormatimu apatah lagi membencimu... tetapi semua itu  kerana terlalu sayang. Aku tidak mahu kehilangan dirimu sebagai seorang  suami seperti mana anak-anak kita juga tidak mahu kehilangan  kasih-sayang seorang ayah.

    Maafkan aku. Akulah yang lebih  banyak bersalah dan tidak bijak menghadapi ujian rumah tangga ini.  Sesungguhnya sejak dari dulu hingga sekarang aku menagih pimpinan dan  panduanmu. Pimpinlah aku untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang  baik kepada anak-anak kita. Aku tidak mahu berpisah dengan semua  kesayangan ku ini. Oleh sebab itu aku merayu agar aku terus disayangi,  dilindungi, dipercayai dan dipimpin untuk menjadi wanita yang  benar-benar menjadi penyeri hidup seorang suami dan anak-anak.

    Kebahagiaan kita sekeluarga berada  di tangan mu. Dikaulah yang menjadi peneraju dan nakhoda rumah tangga  ini. Aku tahu tugas dan amanah ini sangat berat. Ia menagih keikhlasan,  keimanan dan kejujuran yang tinggi daripada mu. Aku sedar apa yang akan  ditanyakan Allah di Hari Akhirat kelak kepada seorang suami sebagai  pemimpin jauh lebih berat dan sukar dijawab berbanding pertanyaan Allah  kepada seorang isteri. Aku tahu tangung jawab mu sangat berat. Jadi aku  sentiasa sedia dan setia berada di sisi mu untuk sama-sama mengharungi  kepayahan ini.

    Marilah sama-sama kita insafi bahawa  hakikatnya umur kita kian bertambah, upaya dan tenaga kita semakin  kurang, tetapi perjalanan kita masih jauh dan beban kita semakin  memberat. Amanah yang ada pun belum selesai kita tunaikan, apatah lagi  untuk menambah beban yang baru. Aku bimbang... kita berdua akan kecundang.

    Oleh sebab itulah aku sering  mengingatkan diriku dan dirimu, marilah kita kembali menilai peranan dan  tanggung jawab kita masing-masing. Aku sebagai seorang isteri dan kau  sebagai seorang suami... Marilah kita sama-sama bermuhasabah, apakah kiita  telah melaksanakan amanah yang kita janjikan di hadapan Allah ketika  kita mula bernikah dahulu?

    Pernikahan disamakan dengan  mendirikan masjid. Begitu sucinya ikatan perkahwinan dalam Islam. Ia  bukan dibuat hanya kerana untuk melepaskan hawa nafsu semata-mata. Jika  itulah sahaja niat kita berkahwin, maka apakah yang membezakan manusia  dengan haiwan? Tetapi sebaliknya, Islam meletakkan hubungan sah antara  suami dan isteri sebagai suatu yang sangat tinggi dan suci.

    Ia bukan sahaja perkongsian fizikal,  tetapi perkongsian fikiran, perasaan dan jiwa untuk sama-sama berbakti  kepada Allah. Rumah tangga hakikatnya adalah sebuah masjid... Di dalam  masjid orang solat, berzikir, membaca Al Quran, mendengar tazkirah  kuliah dan laian-lain ibadah.

    Aku rindukan semua itu. Tetapi  kerinduan itu tidak akan kesampaian tanpa bimbangan darimu. Aku lemah  wahai suami ku. Pimpinlah aku untuk mendapat kasih sayang Allah melalui  aliran kasih sayangmu. Engkaulah harapan aku dan anak-anak. Kami  hakikatnya telah diserahkan oleh Allah sebagai amanah kepada dirimu  untuk disayangi di dunia dan di akhirat. Janganlah disia-siakan amanah  ini. Kelak buruk padahnya kepada kami dan kepada mu jua. Relakah engkau  melihat kami terkapa-kapa di dunia ini tanpa pimpinan? Dan di akhirat  terhumban ke neraka yang penuh seksaan?

    Suami ku,

    Atas kebimbangan itu kekadang aku  jadi cemburu. Bila ku lihat langkah dan sikap mu sedikit terbabas, aku  menjadi sangat cemas. Bila ku lihat kau seakan-akan berubah, aku menjadi  sangat gelisah. Bukan kerana benci, tetapi kerana sayang. Mengapa  tidak? Bukankah di tangan kamu kemudi rumah tangga ini.

    Kesilapan dan kesalahan mu sangat  buruk akibatnya kepada kita sekeluarga. Jadi, fahamilah hati isteri mu  ini wahai suami ku... Curiga ku bukan kerana prasangka. Cemburu ku bukan  kerana melulu. Jauh sekali untuk mengawal dan memperbudak-budakan.  Tetapi sekadar ingin mengingatkan bahawa kebakaran yang memusnahkan  selalunya berpunca hanya daripada percikan api!

    Di antara kita adalah Allah. DIAlah  zat yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Adil. Manusia tidak akan  dapat mengawal dan memantau manusia lain setiap masa dan ketika. Kini  aku pasrah kepada Allah. Aku lelah dan kalah untuk meneliti dan  memeriksa di seluruh penjuru. Aku tidak dapat mengawal hati mu dan kau  juga tidak dapat mengawal hatiku.

    Hati kita berdua, Allahlah yang  menjadi pemantaunya. Menyedari hakikat ini, aku kini hanya fokus untuk  memperbaiki diri. Aku ingin memperbaiki hubunganku dengan Allah dan  memperbaiki hubunganku dengan sesama manusia. Aku yakin Allah tidak akan  mengecewakanku. Dan aku juga yakin Allah akan terus memberi  kebaikan-Nya kepadaku melalui dirimu.

    Marilah sama-sama kita perbaiki diri  kita atas keyakinan rumah tangga ini perlu terus diselamatkan dan  dimeriahkan. Jika benar itu masih menjadi harapan dan keyakinan kita,  insya-Allah, pasti Allah akan tunjukkan jalan-jalan-Nya. Dalam hidup ini  kita tidak boleh dapat semua perkara dalam satu masa. Bila kita  mendapat sesuatu, pasti pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu  yang lain. Jadi marilah sama-sama kita pastikan apa yang kita dapat  lebih berharga dan lebih baik berbanding apa yang kita terpaksa  lepaskan.

    Oleh itu jika kita ingin mendapat  rumah tangga yang bahagia, kita terpaksa belajar 'melepaskan'  perkara-perkara lain. Rumah tangga kita adalah keutamaan. Ia amanah  Allah, harapan kita dan anak-anak kita. Sebaliknya, segala kesukaan atau  keseronokan kita yang lain mungkin terpaksa kita korbankan demi membina  kebahagiaan ini.Inilah pengorbanan.

    Tanpa pengorbanan tidak akan ada  kebahagaiaan. Kita akan rela dan tega berkorban jika kita benar-benar  inginkan rumah tangga ini berjaya. Jika tidak, kita terpaksalah  mengorbankan rumah tangga ini... Apakah ini berbaloi? Tidakkah ini seperti  kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran? Atau  mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan?

    Suami ku,

    Tipuan dunia dan godaan nafsu ini  sangat memberangsangkan. Syaitan sentiasa menghias bibit-bibit dosa-dosa  dengan segala keindahan dan kecantikan. Sekali kita terjerumus, payah  untuk bebas kembali. Selagi yang diburu tidak tercapai, selagi itulah  kita lelah mengejarnya. Tetapi setelah kita mendapat, ada yang lain pula  datang menggoda. Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada itulah  yang kita risaukan. Kita akan lesu kerana asyik memburu.

    Mengejar nafsu itu bagai mengejar  bayang-bayang. Dilihat ada tetapi apabila digenggam ia hilang... di hujung  percarian itu pasti ada lesu dan jemu. Kehendak nafsu tidak ada batas  dan tidak pernah puas. Padahal kematian itu boleh datang tiba-tiba.  Relakah kita tertipu mengejar fatamorgana hanya kerana dari jauh ia  kelihatan umpama air yang tergenang?

    Aku mengingatkan diri ku dan diri mu  kerana sayang. Aku selalu bertanya pada diri sendiri, relakah aku  mengorbankan rumah tangga ini hanya untuk mengejar sesuatu yang tidak  pasti? Aku terpaksa melepaskan salah satunya. Dan insya-Allah, buat  selamanya aku lebih sanggup melepaskan apa dan sesiapa sahaja, asalkan  jangan melepaskan kebahagiaan rumah tangga ku. Itulah yang ada di  hatiku. Dan itulah jua yang aku harapkan, doakan ada dalam hati mu.

    Jika dalam surat ini ada kesedihan...  ia bukan kekecewaan tetapi itu hanya harapan. Jika dalam surat ini ada  teguran... itu bukan kebencian tetapi itu hanya peringatan, buat ku dan  buat mu jua. Namun, ku akui dalam surat ini terlalu banyak doa dan  harapan. Doa ku hanya pada Ilahi. Dan harapan ku tetap untuk mu suami.  Jika air mata itu berkesan, nescaya akan tulis surat ini dengan air  mata. Bukan air mata kecewa tetapi air mata harapan...

    Ku harap kau membaca surat ini  dengan hati yang terbuka. Bayangkan semula harapan dan cita-cita kita  seawal kita memutuskan untuk berkahwin dahulu. Saat indah itu telah  berlalu tetapi keindahan itu akan menjelma semula dalam bentuk baru jika  kita berusaha untuk merealisasikannya. Dalam perkahwinan yang baik,  seorang lelaki dan wanita sentiasa mencari ruang dan peluang untuk  memperbaiki dirinya demi orang yang disayanginya.

    Dan sekalipun dalam perkahwinan yang  paling bermasalah, penawar yang mujarab adalah kebenaran. Menyatakan  kebenaran kepada pasangan adalah kaedah terbaik untuk membuktikan cinta  adalah lebih utama daripada satu pendustaan!

    Mohon berundur dulu. Pasangan yang  bahagia bukanlah tidak pernah membuat kesilapan. Tetapi mereka tetap  bahagia kerana mereka sentiasa belajar mengakui kesilapan itu dan  belajar daripadanya... dan akhirnya melupakannya! Itulah aku kini. Ku akui  kesilapan ku dan aku sedang memperbaikinya dan aku ingin melupakannya...

    Suami ku, aku masih menaruh harapan. Insya-Allah, kau masih sudi membantu aku untuk itu! Amin.

    Wednesday, January 5, 2011

    kisah teladan- wajib dibaca

    kisah ini walaupun dah lama... tapi bila baca balik sedih gak... banyak pengajaran yang dapat... kadang2 aku teringat apa yang aku pernah wat kat anak aku... tapi kalo x tegas dengan anak... naik kepala lak..


    Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
    Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan
    pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.
    Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya
    Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun
    melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana
    diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya
    pada kereta baru ayahnya.
    Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.
    Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan
    kreativitinya.Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat
    kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam


    Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan
    ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut
    imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
    Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun
    dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa
    yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?'
    Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga
    beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah
    bengis tuannya.
    Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu...
    !'
    'Saya tak tahu Tuan..! '
    'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi. bila
    anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan
    penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam
    ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

    Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut
    poket seluar abahnya, manja.
    Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa- apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
     
    Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si
    ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang
    dikenakan.
    Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan
    teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul
    tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa
    masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh
    sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
    Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis
    teresak-esak keduanya, dalam bilik.
    Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia
    menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu
    terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa
    sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya,
    kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu.. 'Sapukan
    minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.
    Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik
    pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah
    langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari
    bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas.

    Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.
    Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat
    anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
    Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
    Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
    'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak
    itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia
    sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata
    doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
    Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa  terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
     
    Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak
    menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya
    berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu
    rumah.
    Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan
    sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
    'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
    'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus
    membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
    Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis....
    'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak
    makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,'
    katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.
    Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat
    menahannya..

    "Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk
    lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

    Tuesday, January 4, 2011

    FADHILAT MENGERAT KUKU MENGIKUT CARA SUNNAH

      
    • Sesiapa mengerat kuku pada hari Sabtu Allah akan keluarkan daripadanya penyakit dan Allah menyembuhkan  penyakit yang ada pada dirinya.
    • Sesiapa mengerat kuku pada hari Ahad Allah keluarkan daripadanya penyakit papa atau miskin dan Allah kurnia padanya sifat kaya.
    • Sesiapa mengerat kuku pada hari Isnin Allah keluarkan  daripadanya penyakit gila dan Allah kurniakan kepadanya kesihatan.
    • Sesiapa mengerat kuku pada hari Selasa Allah keluarkan daripadanya  penyakit barash dan Allah kurniakan padanya sifat penawar.
    • Sesiapa mengerat kuku pada hari Rabu Allah keluarkan daripadanya penyakit was-was dan ketakutan, Allah kurniakan padanya  perasaan aman dan tenang.
    • Sesiapa mengerat kuku pada hari Khamis Allah keluarkan daripadanya penyakit judzam dan Allah kurniakan kepadanya sifat Afiat.
    • Sesiapa mengerat kuku pada hari Jumaat Allah keluarkan daripadanya dosa dan Allah kurniakan kepadanya Rahmat.
    Begitulah kemurahan Allah kepada hambanya sehingga kita tidak  layak menolak semua arahan Allah kerana memberi segala-galanya dengan penuh rahmat, walaupun semasa mengerat kuku…

    Saturday, January 1, 2011

    koleksi kreatifku



    tak sangka apabila aku menjadi guru aku boleh menghasilkan card ucapan sendiri.. walaupun tak secanggih mana tapi budak2 menyukainya... jika tidak... aku pernah menjualnya pada hari raya tahun lepas pada budak sekolah... dan hasilnya aku berjaya menjual sebayak 150 keping... itu sudah cukup bagus... iyelah pemulaan yang baik... aku rase aku akan teruskan menghasilkan card ucapan ini dengan lebih baik lagi...InsyaAllah





    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...