bismillah

bismillah

ayat 1000 dinar

ayat 1000 dinar

kalendar

kalendar



Monday, January 17, 2011

Selamat Panjang Umur

Setiap kali  menyambut ulang tahun kelahiran, ucapan sewajarnya bukanlah "selamat panjang umur" tetapi " selamat pendek umur". Hal ini kerana tempoh mati seseorang telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu. Maknanya, semakin hari semakin pendek umur kita. Ya, hari ini setapak lagi kita menghampiri tarikh kematian kita. Namun, kematian bukan pengakhiran. Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang tidak mati2 lagi - iaitu hidup di alam akhirat. Hidup di sini (dunia) adalah mengusahakan tanaman untuk tuaian bagi hidup di sana (akhirat). itulah tujuan hidup yang fana ini, demi kelangsungan hidup yang baqa itu.
Mati untuk hidup? Benar, kerana kematian di dunia ini hakikatnya untuk kekal abadi di akhirat nanti.
jika demikian apa ada pada umur? umur hanyalah putaran ukuran pada putaran bulan dan matahari yang dilakarkan oleh jarum jam, minit dan saat arloji. Umur itu relatif sifatnya. Tetapi ini tidak menjurus kepada perbahasan saintis tentang teori relativiti masa oleh Einstein. Apa yang penting adalah panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tapi kualiti. Juga bukan pada yang ukuran zahir tetapi pada nilai makrawi.
Imam al-Nawawi, pendek umur tetapi " panjang' ilmu dan abadi jasanya. Imam Syaf'i, Imam Ghazali  tidak sempat pencen istilah orang sekarang, namun impaknya perjuangannya melangkaui dekad dan abad. Begitu juga Umar ibn Aziz memerintah hanya lebih kurang 2 tahun sahaja keunggulannya mengatasi khalifah ummaiyah yang memerintah lebih lama daripadanya, sama ada yang sebelum atau selepasnya.
oleh sebab itu, kaedah memanjangkan umur adalah dengan memanjangkan amal, ilmu dan jasa. Harta misalnya boleh memanjangkan umurjika disedekahkannya atau diwakafkannya. Maka jadilah harta itu amal jariah, Pahalanya berterusan. akhlak juga boleh panjangkan umur, yakni dengan menyambung tali siratulrahim.
Rahsia kejayaan orang yang panjang umur itu adalah kesedaran mereka tentang  tujuan hidup. Mereka ialah peribadi yang sentiasa sedar akan tujuan hidupnya. Dan impaknya, dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang menpunyai tujuan hidup. Mereka sentiasa kreatif dan innovatif dalam menambah amal kebajikannya..  

No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...