bismillah

bismillah

ayat 1000 dinar

ayat 1000 dinar

kalendar

kalendar



Friday, December 31, 2010

Abadi dan kekal selamanya

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang,
Ya Tuhanku, aku akui keKuasaan-Mu, nikmat, lagi rhmat, buat diriku tak terbalas olehku, Ya Allah
Ya Tuhanku, hamba-Mu ini mensyukuri, rahmat yang Kau berikan,
umpama rezeki melimpah-ruah, Ya Allah Alhamdulillah
Dengan Rahmat-Mu Ya Allah, Kau pertemukan kami, satukan hati kami,
titipkan rindu antara kami, mekarkan cinta kami.
Lantas, peliharalah kami Ya Allah dari bisikan iblis yang datang menggoda,
agar kami senantiasa teguh dalam syariat agama

Ya Rahim, permudahkanlah jalan jodoh kami,
serta permudahkanlah jalan dan keberkatan rezeki yang kami cari
Jadikanlah kami antara pasangan yang bersyukur.
Dengan rahmat-Mu Ya Allah, lagi sinarilah hati kami,
dengan iman dengan nur iman yang bergemerlapan,
agar kami tidak hanyut dengan godaan dunia yang hanya pinjaman semata
Amin.......Amin Ya Rabbil A'lamiin

Tuesday, December 28, 2010

anakku











Selamat kembali Kesekolah

Selamat Kembali ke sekolah kawan2ku dan murid2ku.. minggu ini adalah minggu terakhir cuti sekolah dan minggu depan adalah minggu persekolahan.. sibuklah aku mana yang wat sarapan, hantar anak ke taska dan pergi sekolah.. tapi yang sedihnya aku terpaksa bertukar ke sekolah lain atas alasan terlebih guru... sedih kerana baru setahun aku menimba pengalaman di sekolah itu... baru menyanyangi murid di sana...  aku ditukarkan ke sekolah lain. pada mulanya aku memprotes juga dalam diam... kerana kenapa aku terpilih???... kenapa tidak orang lain???... kenapa aku tidak disukaiker... tapi aku fikirkan semula secara warasnya aku terima itu semua mungkin itu ada hikmah yang tersurat dan tersirat yang aku tidak ketahui.. Mungkin berpindah ke sekolah lain... lain pengalamannya... lain environmentnya....mungkin di sekolah terbaru ini aku lebih dihargai... Mana tau?????

Aku seorang guru

sape sangka aku akan menjadi seorang guru akhirnya. setelah 7 tahun aku mencari kerja yang sesuai dengan bidang aku akhirnya aku memilih juga bidang perguruan atas desakkan ayahku. Ayahku yang menghantar borang KPLI untuk ku dan aku hanya pergi untuk mengambil Mtest dan seterusnya. Segala urusan untuk kemasukkan ke KPLI aku tidak ambil peduli kerana bidang perguruan bukan jiwaku. Apabila aku gagal untuk intake kemasukan pada tahun itu, ayahku yang beria2 membuat rayuan, pergi ke kementerian dan sebagainya. Aku hanya duduk diam menanti keputusan... Teruk sungguh aku ini..... Terima kasih ayahku kerana bersusah payah...Kalau bidang perguruan itu jiwaku... aku sudah lama mengambil bidang ini selepas aku tamat SPM... ini kerana keluargaku hampir kesemuanya adalah guru. Tetapi aku suka mencari kelainan dalam familyku... manakan tidak.. aku seorang saja yang tidak merasa study di unv... aku mengambil diploma n degree di kolej swasta...yang bayarannya mahal n sampai skrg aku menanggung hutangnya lagi... Waktu aku mengambil diploma aku mengambil keputusan untuk bertudung labuh... wahhal familyku semuanya bertudung singkat... dan degree aku kembali semula bertudung biasa. dan apabila aku diterima masuk ke KPLI, aku measa berat hati sungguh kerana pada masa itu dugaan banyak menguji aku... dimana aku terpaksa meninggalkan anakku di bawah jagaan suamiku... aku berselisih faham dengan suamiku dan suamiku berkrisis dengan familyku...namun aku kuatkan semangat... muka aje nampak tenang... namun hatiku serabut hanya Tuhan sahaja yang tahu...
aku mengambil aliran pendidikan khas... terus-terang aku katakan ini bidang yang aku takuti kerana aku merasakan aku takut melihat murid2 yang istimewa yang mempunyai pelbagai penyakit... Aku takut tekenan dengan anak ku kelak... Tapi alhamdulilah aku kikis perasaan itu sedikit demi sedikit..Tuhan pun memberikan aku sedikit ujian di mana anakku yang kecik menghidapi exzema iaitu penyakit kulit... seluruh mukanya, tangan dan kakinya penuh dengan bintik2... apabila anakku pada waktu itu baby mengaru kerana gatal... habis mukanya berdarah kerana bintik2 itu mengeluarkan air dan darah sekali... siang malam aku menangis mengenangkan nasib anakku dan mengenangkan apa kesalahanku sampai Tuhan memberi ujian begitu.. aku tidak boleh memberikan susu badan padanya...Tetapi alhamdulilah sekarang apabila dia meningkat umur 3 tahun penyakit itu hilang dengan usaha suamiku mencari penawar dan ubatnya.. tinggal saki baki sahaja penyakit itu.. dan apabila aku posting di sekolah aku dapat menyelami nasib ibu bapa yang ada anak yang istimewa... mungkin perasaan mereka lebih sedih lagi berbanding perasaan aku ketika anak aku berpenyakit exzema. Yang aku tidak dapat menahan itu, ada ibu bapa yang kesemua anaknya istimewa, bayangkan bertapa sabarnya keluarga itu menerima dugaan yang Allah berikan.. Ada satu  kes itu, anaknya padamulanya normal dan apabila umurnya mencecah 8 tahun anak itu tiba2 hilang kawalan motor kasarnya iaitu tidak boleh berjalan dengan sendiri. apa perasaan anda kalo anak itu adalah anak anda...  Ada ibu bapa yang tidak mengaku anaknya istimewa lantas memberi ubat2 untuk menjadikan anaknya normal  dan akhirnya anak itu daripada aktif menjadi terlalu pasif sangat sampaikan makan pun dia akan tertidur dan jatuh ke lantai..akhirnya aku merasakan aku ditempatkan di pendidikan khas mungkin ada hikmahnya... aku boleh membantu murid2 yang istimewa ini belajar dan aku rasa dengan mengajar budak2 istimewa ini dosa2 aku yg lampau dapat diampunkan... InsyaAllah...

Sunday, December 26, 2010

Sape suka makan Pisang

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

 PMS:
Lupakan pil-pil hospital - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.


 Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.



Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.




Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.




Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).



Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.



Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.


Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.


Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah..Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan.. dengan kain kering. Menakjubkan!


SELAMAT MENCUBA









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...