bismillah

bismillah

ayat 1000 dinar

ayat 1000 dinar

kalendar

kalendar



Friday, December 24, 2010

ibu teruskan berdoa

Ramai ibu berdoa ketika mengandung supaya mendapat anak yang comel dan cerdik. Rajin berdoa supaya mendapat anak yang soleh @ soleha. Kemudian kerap membaca surah maryam, surah Yusuf dan sebagainya. Namun apabila anak sudah dilahirkan dan membesar, amalan berdoa ini semakin dilupakan. Maklumlah setelah sihat, si ibu sibuk bekerja dan terlupa untuk mendoakan anak mereka. Mereka tinggalkan anak-anak dibawah jagaan pembantu rumah, asalkan selesa makan dan minum sudah mencukupi.
Semakin hari anak2 semakin membesar dan si ibu mungkin kurang memantau . Maklumlah kerja dipejabat amat banyak dan meletihkan.Sehinggalah satu masa kita terdengar di sana sini anak remaja telah menimbulkan banyak masalah kepada ibu bapa, guru2 di sekolah atau pengajian tinggi.
Dimanakah silapnya??? Surah maryam berkali2 dibaca semasa mengandungkan si anak, dibuat aqiqah selepas melahirkannya, namun  mengapa si anak tidak menampilkan akhlak yang baik???.
Kita mesti selalu mendoakan anak kita dalam apa situasi sekalipun. Mengapa??? Sebab doa seorang ibu itu mustajab. Sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui segala isi doa dan keinginan yang ada dalam hati kita sebagai ibu. Namun sebagai mahkluk yang lemah, nyatakan harapan dan hajat kita kepada-Nya setiap hari. Inilah talian hayat yang tidak boleh putus. Bayangkan anak-anak, mereka bukannya selalu berada di hadapan mata kita. Mereka berada di sekolah, pengajian tinggi, lebih2 lagi yang berada di luar negara. dapatkah kita memantaunya sepanjang masa???. Tentu mustahilkan.... berbanding Allah s.w.t Yang Maha Melihat. Pandangan kita terbatas, pengetahun kita tidak meluas. Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku dan bakal berlaku. Oleh itu selalulah berhubung dengan Allah melalui doa kita.
       Bersoa tidak semestinya hanya dilakukan  di tikar sembahyang. Namun ketika memasak, berdoalah moga makanan yang dihidangkan itu boleh menguatkan fizikal dan merajinkan mereka beribadah. Ketika di ofis, doakan keselamatan anak2, akhlak anak2 dan sbgnya..
Kita pernah mendengar mithali ???... ibu yang dicalonkan mempunyai anak ramai dan semuanya berjaya. Sedangkan ibu bapa tadi hidup sederhana dan tidak mewah pun.. mana datangnya kelebihan ibu tadi berbanding dengan kita???... walaupun secara kasar kita melihat anak2 tadi berusaha dengan gigih , namun secara dalaman ialah kekuatan berdoa oleh si ibu. Kemudian makanan yang dimakan itu dari sumber yang bersih.(titik peluh sendiri).
Zaman dulu, ibu2 rajin berzikir ketika mengacau makanan, berzikir ketika dodoikan atau menidurkan anak. Namun tabiat ini seakan sudah hilang ditelan arus moden dan kesibukkan mencari duit agaknya. Marilah kembali memperbanyakkan berdoa dan berzikir untuk anak2 walaupun anak2 itu sudah dewasa atau sudah bercucu. Semoga anak2 kita terus mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...