Ada suara yang mengungkapkan: "boring la hidup ini!" Kalimah "bosan" dilontarkan jauh-jauh dengan harapan ia tidak akan wujud dalam kamus hidupnya. Hakikatnya itulah jiwa yang kosong. jiwa yang sifar matlamat.jiwa itulah yang nanti akan berpegangdengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.
Seorang lelaki berkerjaya akan terkejar2 agar tggjwbnya sebagai khalifah Allah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga sibuk mengumpulkan syer2 akhirat. dunia dan akhiratnya disepadukan.
Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa begitu sedikit baginya. ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan didunia.Mereka hamba, merekalah jua khalifah. ingatlah firman Allah s.w.t yang bermaksud " Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah." (surah al-Dhariyat 51:56)
Allah juga berfirman yang bermaksud: " Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. " (Surah ak-Baqarah 2:30)
Dua misi inilah yang akan membuatkan kita sibuk di dunia sehingga tidak punya masa untuk bergelumang dengan maksiat.
No comments:
Post a Comment