bismillah

bismillah

ayat 1000 dinar

ayat 1000 dinar

kalendar

kalendar



Thursday, December 23, 2010

Sangkar kehidupan

Pernahkah kita perhatikan gelagat burung di dalam sangkar? atau haiwan yang terkurung dalam zoo? Atau perhatikan dalam2 wajah ikan yang sedang berenang di dalam akurium.
Kehidupan merdeka ialah anugerah yang amat berharga kepada setiap makhluk, lebih2 lagi manusia. Tiada makhluk bernyawa secara fitrahnya suka atau redha dirinya terkurung, dirantai atau dilenggu kehidupan mereka apatah lagi diperlakukan sebagai hamba.
Saya teringat doa yang diajarkan oleh Rasullullah s.w.t kepada kita, mafhumnya: " Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung kepada-Mu daripada rasa lemah diri dan kemalasan, dan aku berlindung pada-Mu daripada sikap pengecut dan kebakhilan, dan aku berlindung pada-Mu daripada cengkaman hutang dan penindasan orang."
Bebaskanlah dirimu dari belenggu perasaan sedih, sayu, pilu, resah, gelisah dan yang seumpanya. Bangunkan jiwa yang positif, kawallah perasaan negatif yang merosakkan hati dan jiwa kita. Melayan perasaan di atas tidak akan kemana nanti kecuali kelemahan, kemerosotan dalam harga diri, kehilangan jati diri dan akhirnya kita tewas kepada diri sendiri selum berjuang dalam kehisupan. Oleh itu, mohonlah kepada Allah agar kita bijak dan berupaya dalam mengawal emosi kita dan jangan sesekali benarkan emosi yang mengawa diri dalam kehidupan. Lihatlah, mereka yang berstatus OKU, lemah jasadnya, tidak sempurna anggota tubuhnya @ kekurangan fizikalnya tetapi lantaran memiliki jiwa yang kuat, keazaman yang tinggi, hasrat dan cita2 menggunung, usaha yang gigih serta semangat juang yang mantap, maka mereka akhirnya berjaya dalam hidup. ALLAH MAHA ADIL DAN ALLAH PASTI MEMBERIKAN HASIL DAN NATIJAH KEPADA MEREKA YANG IKHLASS DAN GIGIH BERUSAHA.

Empat belenggu akhir yang mungkin akan memerangkap kita ialah pengecut, bakhlil, hutang dan penindasan orang.  Pengecut dan bakhil adalah 2 sifat mazmumah yang perlu kita ubati segera. Didiklah jiwa kita agar dihiasi dengan sifat mahmudah yang berlawanan iaitu 'syaja'ah (berani)  dalam mempertahankan al-Haq, tidak mudah tunduk kepada tekanan musuh dan tidak reda perintah Allah dipermainkan.
Jiwa yang merdeka akan diperolehi apabila kita bebas daripada cengkaman hutang dan tidak perlu tunduk kepada tekanan, penindasan, paksaan dan perintah orang lain yang tidak bertepatan dengan perintah Allah dan Rasul.

Akhirnya, yang paling utama ialah kemerdekaan jiwa yang sebenar sebagai hamba Allah s.w.t ialah apabila kita boleh bebas daripada belenggu kufur dan kesesatan menjadi Mukmin yang hakiki. Kehidupan akan lebih bahagia dan bermakna jika kita bebas daripada sistem2 ciptaan manusia dan kembali kepada fitrah dan sistem Illahi. 

No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...