bismillah

bismillah

ayat 1000 dinar

ayat 1000 dinar

kalendar

kalendar



Saturday, February 19, 2011

diam ada makna

                                                             Diam terpaksa 
zaman aku kecik dulu bila org2 tua bercakap kita ditegah utk menyampuk... x sopan katanya...w\pun kita ada benda yang nak ckp...

                                                     Diam Bodoh
selalu berlaku masa belajar... bila guru tanya "faham semua".... murid jawab "faham'... tapi entah betul faham atau tidak....
aku masih ingat pesan pendakwah " Jika kita x tahu tentang benda itu, lebih baik kita diam saja... kalo kita beri ulasan gak... sikap itu akan menunjukkan kebodohan kita aja."

                                             Diam Malas
Seseoarng yg byk idea dan byk mengeluarkan idea yang bernas... kadang2 diam dr memberi idea kerana bagi  dia jika dia beri idea... dia yg akan dipertanggungjawabkan melakukannya... ungkapan ini menjadikan org itu x inovatif @ kreatif... sebaliknya menjadikan dia seorg yg pasif


Diam Marah
jika berlaku perbalahan atau pertengkaran.. diam itu lebih baik supaya pergaduhan x berpanjangan.... Tapi jika kita pendamkan kemarahan kita akan timbul lak penyakit seperti pening, sakit jantung, darah tinggi.... Jadi diam itu bergantung pd situasi dan keadaanya.

Diam merajuk
selalu berlaku bila usul atau pandangan ditolak mentah2 oleh org atasan..

Diam khianat
seorang gadis terjumpa suaminya berjalan dgn perempuan lain... suaminya menjelaskan rakan sepejabat.. tapi perempuan itu berdiam aje... sambil tersenyum... Maksudnya perempuan itu tahu keadaan sebenar tapi berdiam saja... supaya pihak satu lagi dipersalahkan.. itu diam yg amat keji sekali

Diam efektif
Ia baik sekali kerana diam utk berfikir dan menyusun strategi.. Kadang2 idea yang diberi bernas sekali... kadang2 ungkapan spontan yg dikeluarkan berbahaya kerana ia mungkin berdasarkan emosi yang negatif.. elok kita bertenang seketika sebelum menyambung bicara... Sifat ini boleh mendatangkan kebaikan  kepada kita dan diri org lain... contohnya :
a) mengambil masa untuk berfikir dahulu sebelum memberi respons
b) komunikasi yang berkesan
c) Keperibadian yang bijak
d) Mengelakkan diri dari dosa
e)Menunjukkan kewibawaan
f) Dapat menutup keaiban
g) Mengelakkan ujub dan takbur

kesimpulannya berfikir dahulu sebelum kita memutuskan untuk memberi respons... Diam dan berfikir sejenak sebelum bertindak merupakan amalan yang sangat baik dalam menjaga hubungan dan siratulrahim... Diam untuk berfikir, diam untuk ketenangan dan diam untuk kebaikkan.

No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...